saye guna Bio Oil utk hilangkan parut...anda bagaimana??










Assalamualaikum dan salam sejahtera  ^_^ ...ape kabar sume hari ni...smoge sume yg anda lakukan hari ni lebih baik daripada hari semalam ^_^ ....ape pun sume yg kite lakukan ikhlas semata-mata krn Allah..okeys! ;)hari ni ima nk promote ckit tntang penggunaan Bio Oil...hehe..yela kan ima tgh cuti sem ni...sebulan plk tu...ima rase boring duk rumah je..jadi ima nk kongsi kpd sume follow2 ima bagi produk Bio Oil...hehe..jadi promoter la pulak ima ni yeh..huhu...nak kata ima suh bli produk ni tak jugak...emm..nak kata ima jual produk ni pun tak jugak..hehehe...ima cuma nak perkenalkan je ape yg ima guna utk muka ima nih..huhu..ima tau kebanyakan remaja zaman sekarang paling tak suka bile ade pertumbuhan atau dipanggil "pimples" di kawasan muke kite2...nahh..bile dh ade jerawat di muke..cam iklan di tv tu "ALAMAK!!ade jerawat pulak!!!"...patu bile dah ade jerawat tangan ni duk gatal2 nak picit jerawat tu...haa!...bile da pecah tinggal la parut di muke...ni satu masalah lagi nk tunggu bnda ni hilang memang payah bebenor laa...jadi ima saran kan gunalahh Bio Oil yg telah pun diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...^_^ok!..disini info tentang Bio Oil:Bio-Oil adalah specialist skincare oil yg membantu memperbaiki kesan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering. Bio-Oil telah memenangi 78 anugerah penjagaan kulit dan telah menjadi jualan produk No.1 di 11 buah negara sejak pelancaran global pada tahun 2002Bio Oil formulation adalah gabungan ekstrak daripada tumbuhan dan vitamin.Ia mengandungi penemuan ramuan PurCellin Oil ,yang menukar konsisten keseluruhan perumusan, menjadikan ia ringan dan tidak berminyak. Ini memastikan bahawa kebaikan yang terkandung di dalam vitamin dan ekstrak tumbuhan mudah diserap.Bio-Oil telah melalui penilaian keselamatan mengikut Peraturan Parlimen Eropah dan Majlis atas Produk Kosmetik. Profil toksikologi, struktur kimia, tahap kemasukan dan tahap jumlah pendedahan harian setiap ramuan yang digunakan telah dinilai dan selamat untuk digunakan (termasuk untuk digunakan oleh wanita hamil).Bio-Oil dihasilkan selaras dengan cGMP (Amalan Pengilangan yang Baik )seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Semua bahan-bahan diuji untuk adulterasi dan pencemaran mikrobiologi sebelum pengeluaran dan sampel dari setiap kelompok dikilangkan diuji di makmal dan kemudian dipantau sepanjang tempoh 5 tahun.ok..tu je info tntang Bio Oil ni...lagi satu Bio Oil bukan saja boleh guna dimuka..tapi boleh digunakan pada mana2 anggota badan yg mempunyai parut..ima mula gunakan Bio Oil ni sejak ima form 5 lagi...tu pun sebab ade jerawat besar yg tiba2 boleh tumbuh bila ima betul2 stress..hehe...stress sebab tgh SPM..huhu..boleh pulak naik jerawat kan time2 exam lagi...tension betul ima time tu...haa!!masa tu lah tangan ima ni dgn tiba2 duk gatal main tekan2 n picit jerawat tu..hehehe...jadi la parut jerawat besar...rase tak selesa pulak nak gi skolah...jadi ima beli la Bio Oil utk hilangkan parut tu...dalam masa sminggu je dah hilang..lega rasanya...kulit kembali licin...alhamdulillah  ^_^



Thanks for reading ! ◕‿◕

kanser perut!!

Assalamualaikum...ape khabar kpd smua follow ima..lama kan ima tak bercorat-coret disini...kini ima kembali dgn satu info wat follow ima yg sudi menjenguk2 blog ima.. ^_^..
sbenarnya ima nak kongsi tentang masalah kesihatan yg boleh mengakibatkan kanser perut...woww!!korang semua mesti tertanya2 kenape pulak laa ima ni nk letak post tntang kanser perut..kan3!!
Ok!!...utk pengetahuan korang sume kite patut menitik berat kan mengenai kanser perut ni tau...sebab antara salah satu puncanya..adalah drpd gastrik yg kronik...ima tau kebanyakan dikalangan student sprti kita ni mesti mmpunyai msalah gastrik kan...betul tak!!tu adalah akibat drpd pemakanan yg tak teratur...sibuk sgt dgn aktiviti harian sampai lupe pasal cara pemakanan yg betul...pastu..pastu...haaa!!kan!da kena gastrik...(aish!cam terkena kat batnag hidung sndiri pulak!!hehehe)...ok2...jom kita cari pengetahuan tentang bagaimana terjadinya kanser perut nih...


first sekali kite lihat pada lokasi Pertumbuhan: 
Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).


hmm!!seterusnya kite lihat pula pada Epidemiologi: Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara 'bertamadun' dan dikaitkan terus ke pemakanan. Jarang ditemui di negara yang mana pemakanannya berkalori rendah. Negara Jepun, Cina dan Asia tenggara. Terdapat 25 000 kes setahun di Amerika Syarikat di mana 14 000 kematian setahun. Walaubagaimanapun, angka ini sedang menurun ke 50% sejak kebelakangan ini jika dibanding dengan 40 tahun dahulu.

okeh!!lihat pula pada Faktor risikonya: 
Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur  50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3). 

Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini. 


 Simptom: - Sakit perut dan penghadaman tidak baik; 
- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan; 
- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor. 

Diagnosa: 
- gastroskopi, ultrasound dan scan; 
- endoskopi untuk membuat pemeriksaan terus ke perut dan mengambil cebisan biopsi; 
- ujian petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9. 

 Rawatan: 
Oleh kerana ianya jarang ditemui pada peringkat awal, prognosisnya kurang baik. 
- Pembedahan : Gastrektomi (keseluruhan perut atau sebahagian) bergantung kepada saiz, tempat, kemelaratan, 
  tahap kanser dan keadaan kesihataan pesakit . 
- radiasi : apabila tumor itu tidak boleh dibedah; untuk mengurangkan sakit dan kesumbatan usus, atau 
  cara paliatif . 
- Kemoterapi dan immunoterapi. 

 Rawatan susulan 
Selepas dirawat, mengkaji tahap petanda tumor. 

 Pencegahan: 
- Kurangkan garam dalam sajian makanan; 
- Menjaga terhadap luka dalam perut; 
- Menghapuskan bakteria 'Helicobacter Pylori'; 
- Mengkaji petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9. 


Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun...

kanser perut tahap ke-3 dan ke-4 boleh mengakibatkan kematian!!



Setakat ni je yg ima dpt kongsi...jika ade mklumat tmbahan..harap boleh kongsi bersama ima..okeys!   ;D

Thanks for reading ! ◕‿◕

Cerita Hati ^_^ (Imafif Aishiteru)

Lirik lagu ni direka khas buat org yg ima syg sgt...
Semalam yg telah pergi ...
menghilang tanpa jejak....
membawa bersama kenangan..
gelak ketawa.....  :D
dan aku terus mencari..
jikalau masih ada kesan yang terus tersisa di dada...
kenangan kita...
Perjalanan yg panjang ~ ~..
pelbagai rintangan jua cabaran..tiada bersempadan...
Hanya ku berdoa..kepada Allah yg Esa..  T_T
dgn sepenuhnya..ku luahkan perasaan ini..
Dengarlah ya Allah,suara hatiku mengadu...
sepenuh jiwa..moga Engkau fahami...
Mungkinkah ada esok..
untukku ukirkan kalimah menjadi satu pembuktian..
Cinta yg suci....
Ku merintih...sekudus doa ku..
bagai menangisi sebuah cerita hati...
Andai kau fahami...perasaanku ini...
seribu tahun kau pasti bisa setia...
ke alam pernikahan.....
(lirik by ima)..
Thanks for reading ! ◕‿◕