Awas!!keracunan makanan boleh membawa maut..(whoaa!! ^0^ )

Salam..hai..yai..yai..yai... ^_^ 

meh bace info ni...ima nak kongsi sikit!
Keracunan makanan bukan setakat menyusahkan diri.Kadangkala ia merupakan masalah yang membahayakan nyawa jika tidak dirawat dgn sebaik mungkin.Mereka yg dijangkiti organisma penyakit bawaan makanan boleh bebas gejala2 atau memilki gejala2 rasa tidak selesa usus yg ringan sehinggalah dehidrasi teruk dan diarea(cirit-birit berdarah).Bergantung kpd jenis jangkitan,ia mampu meragut nyawa jika keracunan makanan itu teruk.
Antara jangkitan yg disebabkan oleh bakteria seperti Campylobacter,Salmonella,Shigella,Escherichia coli,Listeria dan botulism..

Ape itu Jangkitan Campylobacter??
Campylobacter tu adalah bakteria yg menyebabkan diarea akut.Penyebaran biasanya berlaku melalui makanan tercemar,air,susu yg tidak pasteur atau melalui sentuhan dgn bayi,haiwan peliharaan atau haiwan liar yg dijangkiti.

Gejala2 campylobacter:
*diarea(kadangkala berdarah)
*loya dan muntah2
*sakit dan kejang pada perut
*demam
Jangkitan compylobacter boleh menjadi serius,terutamanya kpd mereka yg mempunyai sistem imun yg lemah.

Ape itu Salmonella??
salmonella adalah jangkitan bakteria yg boleh disebarkan kpd manusia drpd haiwan belaan dan liar.Tapi selalunya disebabkan oleh susu yg tidak pasteur atau makanan produk ayam seperti telur.Salmonella boleh terlepas drpd usus dan masuk ke dalam darah dan bergerak kpd organ2 lain.i=Ia boleh menjadi jangkitan kronik dalam sesetengah org.

Gejala2 Salmonella:
demam,sakit perut,diarea,loya
Jangkitan Salmonella jarang menyebabkan kematian walaupun ia boleh berlaku terhadap bayi,org tua ataupun mereka yg mempunyai sistem imun yg telah terjejas.

Ape itu Shigella??
Shigella adalah bakteria yg biasanya disebarkan melalui najis.Ia menyebabkan disenteri(jangkitan pd usus yg menyebabkan diarea teruk).Penyakit ini biasanya muncul di negara bercuaca tropika atau iklim sederhana.Ia juga biasa berlaku dalam keadaan bersesak-sesak dan keadaan persikitaran yg kotor.

Gejala2 Shigella:
diarea berdarah,demam,loya,muntah2,kekejangan

Ape itu Escherichia coli 0157:H7??
E.coli ini adalah penyebab penyakit bawaan makanan.Kebanyakan jnkitan E.coli ini telah dikaitkan dgn makan daging lembu yg tidak masak secukupnya serta telah dicemari.
Gejala2 E.coli:
diarea berdarah yg teruk,kekejangan perut.Tetapi kadangkala jangkitan menyebabkan diarea tidak berdarah,demam sekejap atau tidak ada gejala langsung.

Ape itu jangkitan Listeria??
Listeria adalah bakteria yg biasanya dijumpai dalam tanah dan air.Sayuran boleh tercemar drpd tanah atau baja yg dugunakan.Haiwan yg membawa bakteria juga boleh mencemari makanan.Listeria dijumpai dalam banyak jenis makanan yg tidak dimasak seperti daging dan sayuran serta makanan yg telah tercemar selepas diproses seperti keju.Susu tidak pasteur atau makanan drpd susu tidak pasteur juga boleh menjadi sumber jangkitan Listeria.
Mereka yg berisiko tinggi utk mendapat listeriasis:
wanita hamil,individu sistem imun lemah,mengidap kanser,diabetes atau penyakit buah pinggang,individu yg mengidap AIDS,individu yg mengidap asma dan mngambil ubatan steroid,warga tua.

Gejala2 jangkitan Listeria:
demam,loya,diarea,sakit otot

Ape itu Botulism??
Bakteria Clostridium bertanggungjawab menyebabkan penyakit botulism yg jarang tetapi serius.Tiga jenis botulism adalah botulism bawaan makanan,botulism kecederaan dan botulism bayi.

Gejala2 botulism:
*penglihatan kabur dan berganda
*kelopak mata terkulai
*percakapan perlahan atau tidak jelas
*kesukaran menelan
*mulut kering
*otot lemah

Huh!bukan men banyak ape itu ye..hehe..pape pun..lau da kena..ape2..ape itu da tau dah..huhu
Ok!tu saje drpd ape yg ima tau..huhu..so..jaga lah pemakanan ok kawan2!
Kesihatan adalah keutamaan diri kita  ^_^
Arigato!!for reading..  :)


Thanks for reading ! ◕‿◕