jom!!kongsi bersama ima tentang buku yang ima baca ni...menarik je untuk dunia sekarang...

Assalamualaikum...
hai...da lama ima tak "sign in" blog nih...huhu..lagipun ima bzy gak tahun ima nga praktikal ni..kan nak abes semester dah..dah nak masuk semester akhir pun...skang ni ima nga cuti sem la ni...tu berjaya bukak jugak blog ima ni...  ^_^  apalagi!  jom la baca ni...kongsi2 bersama ima ok! :)

Penulis buku ni namanya HILAL ASYRAF
Tajuk buku ni SEBELUM AKU BERNIKAH....
Haa!!!jgn salah sangka ye..ima bukan gatal ngat nak kahwin...tapi kita get ready untuk masuk ke alam tersebut...huhu...ok...dengar ni,dengar ni...ima nak citer sikit!

"COUPLE"  satu perkara yang kita,cinta semestinya dikaitkan dengan couple...atau berpasangan bebas antara lelaki dan perempuan..SALAH TU...Cinta dan Couple lain maksudnya...Cinta adalah cinta yang suci yang diredho Allah yang boleh membawa pasangan itu ke jalan syurga...maka Couple pula hbungan cinta yang diluar batas hbungan antara lelaki dan perempuan dan membuat sesuatu yang Allah murka ...

"TERLALU ISLAMIK"  saya menanti dia yang sudah tertulis untuk saya di loh mahfuz sana ..ya ayat ni kelihatan islamik krana ada perkataan "menanti" dan "loh mahfuz".Namun hilal asyraf mengatakan ini adalah salah dan tidak diajar oleh agama.Pertama,kita tak tahu siapa jodoh kita.Jadi bagaimana mahu menanti??Sedangkan yang sudah berkahwin pun bercerai,yang berkahwin pun mati dan yang hidup pun kahwin lain...
Tidakkah kita baca yang Allah memperingatkan kita dalam surah al-baqarah,ayat 221:
"dan jgn kamu berkahwin dgn prempuan2 kafir musyrik sbelum mreka beriman dan sesungguhnya hamba prempuan yg beriman itu lebih baik drpd prempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.Dan jgn kamu berkahwin dgn lelaki kafir musyrik sbelum mreka beriman sekalipun menarik hati kamu..."
Sekiranya semua sudah ditetapkan di loh mahfuz sana,mengapa mesti ada arahan utk kita pilih antara yg musyrik dan yg beriman??Tidakkah kita mengetahui Allah sendiri mengarahkan manusia sendiri berusaha??
Akhirnya golongan ini mnjadikan cinta begitu sempit...itu tak boleh..ini tak boleh..kononnya mahu menjaga.Bagaimanapun,akhirnya urusan kahwin menjadi susah dan seakan-akan berada dalam kisaah fantasi sahaja..

"IBU BAPA YANG SILAP" Ibu bapa selalu melihat urusan cinta anak-anak mereka adalah negatif...."jgn menggatal mahu berkahwin"..antara ayat yg biasa didengari sekiranya anak2 memberitahu mereka sudah jatuh hati kpd seseorang ktika usia muda.."kamu mahu beri anak org makan apa?pasir?satu lagi ayat yg biasa keluar...sepatutnya ibubapa perlu bersyukur mempunyai anak yg sedemikian.Sekurang-kurangnya,ibubapa masih dirujuk...ibubapa boleh didik anak mereka supaya melihat pro dan kontra berkenaan percintaan mereka pada usia muda.Inspirasikan anak2 supaya bercinta dgn lebih matang...

Apabila Hilal Asyraf berkata dengan definisinya tentang cinta...."sekiranya benar cinta,mesti kita mahu bersama hingga ke syurga.Apa-apa yg membawa ke neraka,itu bukan cinta namanya."Kita mengayuh kehidupan mengejar cinta yg sebenar-benarnya cinta.Membina satu disiplin bagi menjadikan ianya luar biasa.Maka kita perlu membayangkan perkara2 yg dapat membawa kita dan org yg kita cintai ke syurga Allah.Itu yg kita usahakan...ini adalah definisi yg cocok buat cinta.Apabila cinta, mesti mahu bersama ke syurga..

Banyak lagi yg terkandung dalam buku ni..xkesampaian ima nak citer kan...lau nak bace lagi,awak semua bli la ye...best bku ni..

ni ada puisi sikit..

Cinta saya,
Sederhana.
Tidak pergi ke tahap malaikat,
Tidak pergi ke paras syaitan durjana.

Saya manusia.
Cinta saya sesuai dengan keadaannya.
Yang haram,saya cakap haram,
Tetapi mana yang boleh,saya tujukkan jalannya

Saya percaya,
Agama ini diturunkan kepada pundak manusia.
Bukan pada malaikat yg saban waktu sujud kepada-Nya.
Kerana itu utusan2 nya adalah manusia,
Dan bukan para malaikat di langit sana.

Cinta saya,
Sederhana.
Tidak terlalu jumud sampai kelihatan ekskusif,
Hingga sukar diikuti,
Tidak terlalu bebas sampai kelihatan murah,
Hingga boleh dipermainkan jahiliah.

Sederhana itu mahal,
Maka cinta saya mahal,
Dan manusia boleh ambil untuk cuba amal,
Dalam keadaan menjadi hamba-Nya yg kekal..

Hilal Asyraf
Thanks for reading ! ◕‿◕