Assalamualaikum...ape khabar kpd smua follow ima..lama kan ima tak bercorat-coret disini...kini ima kembali dgn satu info wat follow ima yg sudi menjenguk2 blog ima.. ^_^..
sbenarnya ima nak kongsi tentang masalah kesihatan yg boleh mengakibatkan kanser perut...woww!!korang semua mesti tertanya2 kenape pulak laa ima ni nk letak post tntang kanser perut..kan3!!
Ok!!...utk pengetahuan korang sume kite patut menitik berat kan mengenai kanser perut ni tau...sebab antara salah satu puncanya..adalah drpd gastrik yg kronik...ima tau kebanyakan dikalangan student sprti kita ni mesti mmpunyai msalah gastrik kan...betul tak!!tu adalah akibat drpd pemakanan yg tak teratur...sibuk sgt dgn aktiviti harian sampai lupe pasal cara pemakanan yg betul...pastu..pastu...haaa!!kan!da kena gastrik...(aish!cam terkena kat batnag hidung sndiri pulak!!hehehe)...ok2...jom kita cari pengetahuan tentang bagaimana terjadinya kanser perut nih...
first sekali kite lihat pada lokasi Pertumbuhan:
Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).hmm!!seterusnya kite lihat pula pada Epidemiologi: Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara 'bertamadun' dan dikaitkan terus ke pemakanan. Jarang ditemui di negara yang mana pemakanannya berkalori rendah. Negara Jepun, Cina dan Asia tenggara. Terdapat 25 000 kes setahun di Amerika Syarikat di mana 14 000 kematian setahun. Walaubagaimanapun, angka ini sedang menurun ke 50% sejak kebelakangan ini jika dibanding dengan 40 tahun dahulu.
okeh!!lihat pula pada Faktor risikonya: Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).
Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.
Simptom: - Sakit perut dan penghadaman tidak baik;
- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan;
- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.
Diagnosa: - gastroskopi, ultrasound dan scan;
- endoskopi untuk membuat pemeriksaan terus ke perut dan mengambil cebisan biopsi;
- ujian petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.
Rawatan: Oleh kerana ianya jarang ditemui pada peringkat awal, prognosisnya kurang baik.
- Pembedahan : Gastrektomi (keseluruhan perut atau sebahagian) bergantung kepada saiz, tempat, kemelaratan,
tahap kanser dan keadaan kesihataan pesakit .
- radiasi : apabila tumor itu tidak boleh dibedah; untuk mengurangkan sakit dan kesumbatan usus, atau
cara paliatif .
- Kemoterapi dan immunoterapi.
Rawatan susulan : Selepas dirawat, mengkaji tahap petanda tumor.
Pencegahan: - Kurangkan garam dalam sajian makanan;
- Menjaga terhadap luka dalam perut;
- Menghapuskan bakteria 'Helicobacter Pylori';
- Mengkaji petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.
Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun...
kanser perut tahap ke-3 dan ke-4 boleh mengakibatkan kematian!! |
Setakat ni je yg ima dpt kongsi...jika ade mklumat tmbahan..harap boleh kongsi bersama ima..okeys! ;D